Forever Young

Majlis Pertunangan Ayah 17/09/11
Friday, September 30, 2011 ? 3 Atashinchi ?

assalammualaikum semua :) fifa nak memperkenalkan orang baru dalam family fifa , iaitu Rahayu (ibu ayu) . dia ni bakal menjadi ibu tiri fifa , selepas setahun ibu fifa meninggalkan dunia ini . allhamdulillah , fifa nampak kebahagiaan ayah semula apabila ayu ini muncul dalam hidup ayah . tidak lagi fifa rasa sedih melihat ayah termenung di dalam bilik seorang diri . bersyukur sangat ayah sudah kembali ceria . fifa dan adik , menerima ayu dengan hati yang terbuka . harap-harap , impian fifa untuk menjadi keluarga bahagia tercapai seperti orang- orang di luar sana yang masih mempuyai keluarga . pada 15/10/11 ini , ayah dan ayu sudah menjadi suami isteri yang sah . isya'allah mudah-mudahan tiada halangan yang menimpa pasangan ini sehingga hari akad nikah mereka . amin~ 



p/s : hargailah mereka semasa mereka masih bernafas . apabila mereka sudah tiada , tidak ada guna lagi untuk menyesal....



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post